coklat susah nk kuar drpd mould

Soal jawab tentang apa saja

coklat susah nk kuar drpd mould

Postby nani » Wed 25 Nov 2009, 10:56 am

salam reeny..
nk tanya kenapa kdg2 coklat susah nk kuar drpd mould?? n satu lg..hrtu try wat inti strawberry..bila dh siap inti jd cam biji2 n x cair???
nani
 
Posts: 6
Joined: Thu 19 Nov 2009, 2:31 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby kanda » Thu 26 Nov 2009, 1:41 am

Nani,

Ada beberapa kemungkinan utama kenapa coklat susah kluar mould.

1.Mould tak kering .
- coklat akan susah nak keluar dari mould, Pastikan mould dibasuh dgn air panas/suam. Panas water heater dah cukup. Jgn guna sabun. Pastikan mould bebetul kering bila nak guna semula. Sebaik baiknya blow mould dengan "hot air blower" pastuh lap sekali lagi ngan tisu. Biasanya kalau nak buat dlm jangka masa dekat, mould tak yah basuh pun takpa. utk guna kali ke2 blow jer dan lap guna tisu sampai bersih pun dah cukup. Coklat still akan kluar dgn senang.

** If tak blow pun tak per. Cuma pastikan betul-betul kering.

2. Mould tak dibasuh dengan bersih dan menggunakan sabun juga akan meninggalkan kesan residue pada mould, keadaan ini juga boleh menjadikan sebab kemungkinan coklat susah untuk keluar dari mould.

Ganache berketul-ketul.
- bahan yang digunakan kemungkinan berasid dan apabila bercampur dengan susu akan menyebabkan berketul-ketul. Untuk mengelakkan perkara ini berulang, nani guna strawberry pie filling ( tidak berasid ).
kanda
 
Posts: 6
Joined: Sun 15 Nov 2009, 9:39 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby nani » Thu 03 Dec 2009, 2:25 am

salam..
masalah ni masih saya hadapi walaupun dh basuh mould dengan air panas..saya dah pun beli mould yg baru n basuh dgn air suam sehari sebelum saya menggunakannya.mould tu mmg dh btl2 kering,tp coklat masih susah keluar drpd mould?ke masalah suhu coklat sewaktu mencetak?satu lg nk tanya penyukat suhu yg mcmana sesuai utk menyukat suhu coklat?memang ada yg khas utk coklat ke??
nani
 
Posts: 6
Joined: Thu 19 Nov 2009, 2:31 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby kanda » Sat 05 Dec 2009, 4:18 am

nani wrote:salam..
masalah ni masih saya hadapi walaupun dh basuh mould dengan air panas..saya dah pun beli mould yg baru n basuh dgn air suam sehari sebelum saya menggunakannya.mould tu mmg dh btl2 kering,tp coklat masih susah keluar drpd mould?ke masalah suhu coklat sewaktu mencetak?satu lg nk tanya penyukat suhu yg mcmana sesuai utk menyukat suhu coklat?memang ada yg khas utk coklat ke??


kalau nani guna,

coklat couverture :
coklat susah nak keluar dari mould, walaupun dah pastikan mould betul betul kering dan bersih.
- selalunya, punca coklat couverture yang susah nak keluar dari mould apabila " coklat over or undertempered " coklat tidak ditemper dengan betul.

coklat compound :
coklat susah nak keluar dari mould, walaupun dah pastikan mould betul betul kering dan bersih.
- kemungkinan shell coklat terlalu nipis. ( if, nani buat coklat jenis yang ada filling, make sure shell kena tebal sedikit )
- coklat tidak diisi penuh dalam mould. ( coklat perlu diisi penuh jika menggunakan poly mould ). sekiranya coklat tidak diisi penuh kedalam mould, maksudnya separuh je dalam dalam mould .. pun boleh menyebabkan kesukaran coklat untuk keluar dari mould.

Penyukat Suhu : Termometer
- mmg ada penyukat suhu khas untuk makanan. boleh cari di kedai bakery.
kanda
 
Posts: 6
Joined: Sun 15 Nov 2009, 9:39 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby nani » Sun 13 Dec 2009, 2:01 pm

salam..reeny..
problem ni dah settle dah..saya rasa mungkin sbb mula2 guna agaknyer..masa buat aritu mula2 sume mould mmg susah nk kuarkan coklat.dh lama2 x payah ketuk pun keluar dengan senang je..syok je rasa.. :D ..apa2 pn tq yea. :)
nani
 
Posts: 6
Joined: Thu 19 Nov 2009, 2:31 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby nor jumaah » Tue 15 Dec 2009, 4:22 pm

KALO CHOC SUSAH NK KELUAR DR MOULD...
haritu sy mula2 buat pun ade masalh choc susah nak keluar....
then sy masukkan semula dlm peti..dh ok...tapi choc berpeluh la...kes tu mcm mane pulak...
nor jumaah
 
Posts: 1
Joined: Sat 14 Nov 2009, 4:15 pm

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby dinda » Thu 17 Dec 2009, 10:28 pm

nor jumaah wrote:KALO CHOC SUSAH NK KELUAR DR MOULD...
haritu sy mula2 buat pun ade masalh choc susah nak keluar....
then sy masukkan semula dlm peti..dh ok...tapi choc berpeluh la...kes tu mcm mane pulak...


Coklat berpeluh
Ini disebabkan oleh perubahan suhu dari suhu sejuk ( coklat dalam peti sejuk ) dan suhu di luar peti sejuk waktu coklat di bawa keluar . Ini di namakan kondensasi.
Perpeluhan pada coklat akan berlaku. Seeloknya waktu keluarkan coklat dari mould, jika ada aircond.. boleh ON kan aircond, untuk elakkan/mengurangkan perpeluhan pada coklat. Sekiranya tiada aircond, keluarkan coklat pada waktu tidak panas.. ini dapat mengurangkan perpeluhan pada coklat. ATAU waktu keluarkan coklat dari peti sejuk.. biarkan sebentar coklat tersebut dalam 2-3 minit di dalam mould, kemudian lapkan peluh pada coklat dan barulah keluarkan coklat dari mould.
dinda
 
Posts: 5
Joined: Sun 15 Nov 2009, 11:32 am

Re: coklat susah nk kuar drpd mould

Postby ieyxxat82 » Tue 29 Jun 2010, 5:54 am

reeny, last week saya try buat guna coklat compound berryl's gourmet. sya perasan rasa dia manis sgt. sy guna mould plastik tu tp bila nak keluarkan dr mould x keluar2, siap patah 2 lagi..kenapa ek jd camtu?
ieyxxat82
 
Posts: 1
Joined: Tue 29 Jun 2010, 5:46 am


Return to Question & Answer

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron